Pada 24 Februari 2014, Unit Kewangan Akademi Koreksional Malaysia telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke PULAPOL Langkawi. Lawatan ini diadakan untuk mempelajari cara-cara pengendalian dan kutipan hasil untuk Akaun Amanah di PULAPOL Langkawi.  Rombongan seramai 8 orang ini terdiri daripada Pengarah AKM sendiri, TKPj Mohd Sabri bin Yaacob, PKK Adinaraina a/l Subramaniam, TPP Rusli bin Razak, KIP Muhamad Firdaus bin Ayob, Encik Mohd Yusri bin Abu Bakar, Koperal Zubaidah bt. Abdullah, Puan Zawiyah binti Derashid dan Encik Mohd Adli Syabani bin Abd. Rahman. Taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Komandan PULAPOL Langkawi, Supt. Tang Chai Hak.