Pada 23 Februari 2014, seramai 16 orang kakitangan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang dketuai oleh Encik Kassim bin Abdul Ghani, Pengurus Kanan Khidmat Pengurusannya,  telah mengadakan lawatan ke Akademi Koreksional Malaysia Langkawi. Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi  idea dan pengalaman dalam melaksanakan Amalan 5S dan Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK). Rombongan telah diberi taklimat oleh Timbalan Penguasa Penjara Rusli bin Razak bagi mewakili Kumpulan KIK dan Puan Norahayu binti Dohat untuk 5S. Seterusnya rombongan telah dibawa melawat ke persekitaran AKM dan Zon-Zon 5S.