Pada 25 Februari 2014, Kelab Rekreasi & Kebajikan Anggota-Anggota Akademi Koreksional Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke 5. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Dipertua Kelab, TKPj Mohd Sabri bin Yaacob. Agenda mesyuarat kelab  pada kali ini antara lainnya ialah pelantikan AJK baru bagi menggantikan AJK yang berpindah dan perbincangan berhubung aktiviti-aktiviti kelab yang akan diadakan sepanjang tahun 2014. Turut diadakan ialah penyampaian hadiah hari lahir daripada Kelab  oleh Yang Dipertua kepada semua ahli bagi tahun 2014.