Pada setiap hari Khamis antara jam 8.30 hingga 9.30 pagi, bertempat di Surau Al-Hidayah, Akademi Koreksional Malaysia, telah ditetapkan untuk program Kuliah Mingguan yang dikelolakan oleh Unit Agama AKM. Program ini  diketuai oleh Ustaz Mustafa Kamal bin Mohd Taib dan dibantu oleh Ustaz Mohd Ridzuan bin Saidin. Pengisian kuliah meliputi tazkirah ringkas, bacaan surah pilihan dan solat sunat Dhuha berjemaah.