Pada 13.3.2014, telah diadakan Majlis Sembahyang Hajat dan bacaan Yassin khusus bagi memohon keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat MAS MH370 yang hilang dan memohon kejayaan operasi menyelamat yang sedang dijalankan. Kakitangan AKM berkongsi kesedihan dan kebimbangan ahli keluarga terhadap status keselamatan 239 penumpang pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 penerbanganMH370. Turut serta dalam majlis ini ialah Pengarah AKM, TKPj Mohd Sabri bin Yaacob.