Pada 6.5.2014 bertempat di Star City Hotel Alor Setar, telah berlangsungnya Konvensyen KIK Jabatan Penjara malaysia Peringkat Zon Utara bagi Tahun 2014. Konvensyen yang dianjurkan oleh Penjara Alor Setar ini  menampilkan sebanyak 9 pasukan daripada Institusi Penjara Zon Utara iaitu Penjara Alor Setar, Penjara Pokok Sena, Penjara Sungai Petani, Penjara Seberang Perai, Penjara Reman Pulau Pinang, Pusat Koreksional Perlis, Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping, Penjara Taiping dan Akademi Koreksional Malaysia. Kumpulan Mahogany daripada AKM telah menjadi johan bagi konvensyen ini, diikuti oleh Penjara Pokok Sena dan tempat ketiga ialah Penjara Alor Setar. AKM juga telah diumumkan sebagai penyampai terbaik bagi konvensyen ini manakala Persembahan Terbaik jatuh kepada Penjara Seberang Perai.