Pada 19.6.2014 (Khamis), telah diadakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan bagi tahun 1435H/2014M. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dengan Sembahyang Sunat Dhuha berjemaah di Surau Al-Hidayah AKM. Selesai sembahyang sunat Dhuha, majlis diteruskan dengan Majlis Perasmian Pelancaran Ihya' Ramadhan di Dewan Mahsuri AKM dan Pelancaran Tabung Derma Ihya' Ramadhan yang disempurnakan oleh Pengarah AKM, TKPj Mohd Sabri bin Yaacob.  Majlis diakhiri dengan tazkirah sempena menyambut kedatangan Ramadhan oleh Penceramah Jemputan, Ustaz Saifulnizam bin Hashim.

Antara pengisian aktiviti yang dirancang sepanjang bulan Ramadhan ini ialah Tadarus Al-Quran, Sembahyang Sunat Tarawih, More dan Majlis Khatam Al-Quran.