Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau Perlis mengadakan kerjasama strategik dengan Jabatan Penjara Malaysia dengan menganjurkan pameran dan pertandingan i-IDeA 2014 (Pameran dan Pertandingan Artikulasi dan Rekabentuk, Inovasi Antarabangsa) ke-2 bertempat di Kampus UiTM Arau dan Akademi Koreksional Malaysia Langkawi. Majlis menandatangani terma penganjuran bersama i-IdeA 2014 antara UiTM Perlis dan Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan di UiTM Perlis pada 17 Jun 2014. Aktiviti di Akademi Koreksional Malaysia akan bermula pada 19 hingga 21 September 2014.