Pada 19 hinggga 21 September 2014 telah berlangsung pertandingan i-IDeA 2014 (Pameran dan  Pertandingan Artikulasi dan Rekabentuk, Inovasi Antarabangsa) ke-2 bagi Event F dan G bertempat di Akademi Koreksional Malaysia. Bagi Event F,  sebanyak 44 pasukan telah menyertai pameran dan pertandingan ini. Jabatan Penjara turut serta menghantar sebanyak 14 penyertaan untuk dipertandingakan. Majlis ini telah dirasmikan oleh KJP Dato’ Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.   Pada sebelah malam pula telah diadakan Majlis Makan Malam, Penyampaian Pingat dan Penutupan yang dirasmikan oleh Timbalan Rektor UiTM, Profesor Madya Dr Mohd Azlan bin Mohd Ishak.