Pada 7 September 2015, telah diadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan September 2015. Perhimpunan yang diadakan di Dataran Ilmu AKM ini disertai seramai  40 orang kakitangan uniform dan  awam. Turut diadakan dalam perhimpunan pada kali ini ialah majlis pemakaian pangkat KIP & Koperal TBBK kepada KIP Syed Naser bin Syed Abdullah, Koperal 17249 Mohd Fadil bin Ibrahim dan Koperal 17807 Zamri bin Mohamad Isa. Tahniah di atas pemakaian pangkat kepada pegawai yang terlibat.