Pada 8 September 2015, Akademi Koreksional Malaysia telah mengadakan  program gotong royong sempena bulan kemerdekaan yang melibatkan seluruh kakitangan AKM dan pekerja-pekerja kontrak. Program dimulakan pada jam 8.30 dengan taklimat daripada TKPj  Mohd Sabri bin Hj. Yaacob, Pengarah AKM dan berakhir pada jam 4.30 petang. Kakitangan telah diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk membuat kerja-kerja kebersihan menyeluruh kawasan AKM, menanam rumput serta menyemai dan menamam pokok-pokok bunga. Jelas kelihatan semangat kerjasama dan sukarela di kalangan anggota dan pekerja-pekerja dalam menjayakan program ini.