Akademi Koreksional Malaysia telah dipilih sebagai urusetia bagi acara Fun Run sempena sambutan Hari Sukan Negara peringkat Daerah Langkawi pada 10 Oktober 2015 yang lepas. Program yang melibatkan sektor awam, swasta dan orang awam secara serentak di seluruh negara ini dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Haji Mohd Fuzi bin Mohaidin, Pegawai Daerah Langkawi. Seramai 41 orang kakitangan AKM terlibat sebagai urusetia dalam program ini. Turut serta dalam program ini ialah TKPj Mohd Sabri bin Yaacob, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia yang hadir sebagai tetamu jemputan.