Pada 31 Julai 2016 telah diadakan Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat AKM bagi tahun 2016. Majlis yang diadakan di Kafetaria AKM ini dihadiri oleh Pengarah AKM PKP Adinaraina a/l Subramaniam, kakitangan AKM berserta keluarga dan juga jemputan-jemputan yang terdiri daripada pekerja-pekerja sokongan AKM. Turut diadakan pada majlis ini ialah meraikan 3 orang kakitangan yang berpindah iaitu Encik Shamsul Affendi bin Suhaimi, Encik Muhamad Sidik bin Khamis dan Koperal Ahmad Fadil bin Ibrahim.