Pada 16 hingga 19 November 2016 telah diadakan Pertandingan Menembak Piala Komisioner Jeneral Penjara Kali Ke-8 bagi Tahun 2016. Pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia  (MSPM) ini dikelolakan oleh Akademi Koreksional Malaysia dan diadakan di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM).

Pertandingan kali ini selain sebagai aktiviti sukan di bawah jadual MSPM, ia juga adalah bertujuan untuk menguji kemahiran menembak di kalangan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Tahap kemahiran menembak dalam pertandingan ini adalah berdasarkan kepada standard International Practical Shooting Confederation (IPSC). Sebanyak 16 pasukan terdiri daripada seramai 154 orang peserta  terlibat  dalam pertandingan ini. 

Majlis Penutupan bagi pertandingan ini telah diadakan pada 19 November 2016 yang telah dirasmikan penutupannya oleh TKP Ibrisam Bin Abdul Rahman, Pengarah Pembangunan & Professionalisme. Juara keseluruhan Pertandingan Menembak Piala Komisioner Jeneral Penjara Kali Ke-8 bagi Tahun 2016 dimenangi oleh Pasukan Selangor A.

Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan bagi setiap acara yang dipertandingkan :

Kategori

Johan

Naib Johan

Ketiga

Kategori VVIP

TKP Ibrisam Bin Abdul Rahman

TKP Haji. Ahmad Faudzi Bin Hj. Awang

KP Hj. Abdul Wahab Bin Hj. Kassim

Kategori Jemputan

Kpl Muhd Fazrullah bin Zulkefli - IPD Langkawi

LK Mohd Ameruddin bin Ahmad - TLDM

KPL PB Farah Fadzilah Hanum bt Mohd Rosli - MAB

Kategori Pengurus

IP Alixander Godius - Sabah

PPP Yusli Bin Yusof - Selangor A

KIP Rosli Bin Mohd Enong - Johor

Practical Shooting Men Team

 

Selangor A

 

Melaka

 

Johor A

Practical Shooting Ladies Team

 

Selangor A

 

Selangor B

 

Negeri Sembilan

Falling Plate (Men)

 

Melaka

 

 

Sabah

 

Selangor A

Falling Plates (Ladies)

 

Selangor A

 

 

Pahang

 

Selangor B

Shoot Off (Men)

KPL Mohd Hazal bin Abu Hassan - Melaka

 

 

Shoot Off (Ladies)

IP Nurul Farah Lydia binti Yusof - Selangor B