Pada 22.1.2017 telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Akademi Koreksional Malaysia Langkawi antara PKP Adinaraina a/l Subramaniam dengan TKP Jamil Razif bin Kassim. Majlis yang diadakan di Dewan Mahsuri AKM itu telah disaksikan oleh TKP Hj. Ahmad Faudzi bin Hj. Awang, Pengarah Penjara Negeri Kedah. Turut hadir dalam majlis serah terima tugas ini ialah Pengarah-Pengarah Negeri dan Pengarah-Pengarah Instisusi Penjara Zon Utara.