Pada 17.7.2017 bertempat Auditorium Mahsuri, Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah telah berlangsung Majlis Perasmian Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Jabatan Peguam Negara (AGC) Siri 4 Tahun 2017 yang dirasmikan oleh Peguam Negara, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Mohamed Apandi bin Ali. Kursus yang dijalankan selama 4 hari ini iaitu bermula 16 hingga 19 Julai 2017,  dihadiri seramai 41 orang peserta terdiri daripada Pegawai Undang-Undang Gred L54 dan Jusa C. Turut serta dalam majlis perasmian ini ialah Komisioner Jeneral Penjara Dato’ Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Pengarah Penjara Negeri Kedah TKP Mohd Sabri bin Yaacob dan Pengarah Akademi Koreksional Malaysia TKP Jamil Razif bin Kassim.