Pada 14 Januari 2018 Akademi Koreksional Malaysia telah mengadakan Perhimpunan Bulanan pertama bagi tahun 2018. Perhimpunan yang dihadiri seramai 45 orang kakitangan uniform dan awam ini telah diadakan di Dataran Ilmu AKM. Antara pengisian Perhimpunan Bulanan ini ialah pemeriksaan perbarisan, Ikrar Jabatan dan ucapan serta penyampaian perutusan Komisioner Jeneral Penjara sempena tahun baru 2018 oleh Pengarah Akademi Koreksional Malaysia, TKP Jamil Razif bin Kassim. Majlis juga telah diserikan dengan pemakaian pangkat Koperal TBBK kepada Kpl 14197 Juwaini Zulhazmi bin Roslan dan Kpl 14230 Muhammad Fauzi bin Omar. Turut diadakan ialah penyampaian sumbangan bantuan Tabung Kebajikan 1 Penjara (TAKE 1 PENJARA) kepada Ustaz Mohd Ridzuan bin Saidin kerana mengalami musibah banjir pada musim banjir yang lepas.