Pada 22.01.2020 (Rabu) pihak AKM telah pergi menjalankan program ziarah ke Hospital Sultanah Maliha Langkawi. 
Lawatan pada waktu tengahari tersebut dibuat atas dasar keprihatinan pihak AKM menziarah salah seorang pegawai AKM yang dimasukkan ke wad iaitu Sarjan Ku Zaini Bin Ku Osman. Disamping itu juga pihak AKM turut menziarahi anak kepada PP Zulkarnain Bin Ismail yang juga dimasukkan ke hospital tersebut.