Tarikh : 20 Oktober 2021 (Rabu)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Penjara Satelit Kulim
Pada 20 Oktober 2021(Rabu), Pengarah Akademi Koreksional Malaysia (AKM), TKP Dr. Kamsiah Binti Kamin telah mengadakan lawatan dan kunjungan hormat ke Penjara Satelit Kulim, Kedah Darul Aman. Sesi perbincangan ringkas telah diadakan bersama Komandan PS Kulim, TPP Azman bin Husain dan Timbalan Komandan PS Kulim, TPP Aizuddin bin Ismail bersama anggota-anggota penjara AKM yang bertugas di PS Kulim. Perbincangan berkisar berkenaan dengan keperluan kursus semasa bertugas oleh anggota-anggota penjara yang ditempatkan di PS Satelit bagi mencukupi keperluan kursus anggota penjara selama 3 hari. Pegawai penjara dan kakitangan yang hadir sama dari AKM adalah KIP Kartini binti Jafar, IP Mohamad Sofi bin Musa dan SJN Syahiza binti Mohd Noor. Seterusnya, diadakan sesi lawatan ke sekitar pejabat pentadbiran PS Kulim dan sesi bergambar bersama Komandan dan Timbalan Komandan.