Tarikh : 26 November 2021 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Akademi Koreksional Malaysia
 
Majlis Penyerahan Tugas SISKOR UNISZA Sesi 2021/2022 telah diadakan pada 26 November 2021 (Jumaat) di Akademi Koreksional Malaysia (AKM).
Majlis dirasmikan oleh PKK Mohd Farid Bin Kassim, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan & Profesionalisme Ibu Pejabat Penjara Malaysia(IPPM) sempena Kursus Pengurusan Organisasi Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional(SISKOR) UniSZA Sesi 2021/2022 yang diadakan di Akademi Koreksional Malaysia pada 24-27 November 2021.
 
Majlis ini juga dihadiri oleh PKP Abd Zaini bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademi Koreksional Malaysia (AKM), pegawai dan para peserta kursus dari Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA).