Tarikh: 17 Januari 2022
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Mahsuri, Akademi Koreksional Malaysia
 
Taklimat Perintah Kehadiran Wajib (PKW) Bagi Pesalah Syariah Dan Pelaksanaan Hukuman Sebatan Luar Penjara Bagi Pesalah Pesalah Jenayah Syariah telah diadakan di Dewan Mahsuri, Akademi Koreksional Malaysia (AKM).
 
Taklimat ini dihadiri oleh YBhg. Dato' KJP Dato' Hj. Nordin bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara, YAA, Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Ketua Hakim Syarie merangkap Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Pengarah-Pengarah Bahagian, Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM), Ketua-Ketua Pendaftar JKSN, Ketua-Ketua Pendakwaan Syarie Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) serta Pengarah-Pengarah Penjara Negeri dan Institusi.