Tarikh: 27-28/02/2022
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Pentadbiran
 
Audit Pengekalan Sijil ISO 9001:2015 Peringkat Akademi Koreksional Malaysia (AKM) telah dijalankan oleh Auditor daripada SIRIM yang terdiri daripada:
1. Encik Azran Bin Mohammad Ridzuan, Audit Team Leader
2. Encik Khalid Bin Saleman, Auditor
 
Taklimat pembukaan audit telah dipengerusikan oleh TKP Dr. Kamsiah binti Kamin, Pengarah AKM. Turut hadir PP Mona Azura Binti Ismail, Ketua Bahagian Akademik & Latihan, PP Mohd Mazairi bin Majid, Ketua Bahagian Keselamatan Koreksional, TPP Norhanafi bin Nordin, Ketua Unit Keselamatan & Pembangunan serta pegawai-pegawai kanan AKM.
 
Audit dijalankan selama dua (2) hari telah selesai dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pegawai, anggota & kakitangan AKM yang telah sama-sama berusaha memastikan audit berjalan dengan lancar. TAHNIAH!!