Tarikh: 24 April 2022
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Dewan Mahsuri, AKM
 
Program "Jom Baca Bersama 10 minit" telah diadakan diadakan di Dewan Mahsuri Akademi Koreksional Malaysia. Majlis telah disempurnakan oleh PKP Abd Zaini bin Ibrahim, Timbalan Pengarah AKM.
 
Sesi "Jom Baca Bersama 10 Minit" dimulakan pemilihan buku oleh para peserta dan seterusnya pengiraan detik untuk mula membaca. Program berjalan dengan tenang semasa sesi bacaan. Turut hadir bersama ialah PP Mona Azura binti Ismail, Ketua Bahagian Akademik & Latihan, PP Mohd Mazairi bin Majid, Ketua Bahagian Keselamatan Koreksional. Peserta yang hadir terdiri daripada Pegawai Kanan, kakitangan AKM dan warga kerja luar AKM.
 
Program 10 minit membaca peringkat AKM merupakan program yang dikendalikan Perpustakaan AKM. Program "Jom Baca Bersama 10 Minit" dijalankan bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (23 April 2022) yang disambut di Peringkat Kebangsaan pada 21 April 2022 dan di peringkat AKM pada 21 dan 24 April 2022.