Tarikh: 20 Julai 2022 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Pulau Langgun, Langkawi
 
Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) telah mengadakan siri program pembersihan @ Idaman GeoSite Clean Up (IGSC) dengan kerjasama E-Idaman di Pulau Langgun, Langkawi.
 
Akademi Koreksional Malaysia turut bersama menyertai program ini. AKM diwakili oleh SP Hariyani Binti Mohmod, Puan Wan Syuhaida binti Wan Senik, Encik Mohd Shaiful Noredzuan bin Mohd Roslan dan Encik Mohamad Adha bin Azali.
 
Program pembersihan turut disertai oleh agensi kerajaan, swasta dan komuniti tempatan berganding bahu bagi memastikan kebersihan pantai-pantai di Pulau Langkawi sentiasa terjaga.