Tarikh: 1.11.2022 (Selasa)

Masa: 2.00 petang

Tempat: Dewan Mahsuri

Pada 1.11.2022, jam 2.00 petang, di Dewan Mahsuri, AKM telah diadakan sesi taklimat berkaitan penggunaan Liberating Structure dalam bertugas bagi kakitangan Akademi Koreksional Malaysia. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh PKK Ahmad Mustaqim bin Che Bisi dari Bahagian Pembangunan Professionalisme, Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM). Seramai 22 kakitangan AKM telah terlibat yang melibatkan kakitangan uniform dan awam. Turut serta pegawai kanan PP Mohd Mazairi bin Majid, TPP Norhanafi bin Nordin, KIP Khazwin binti Khalid, KIP Hafizdhun bin Baharun, Insp Mohd Aiman bin Ab Manaf sebagai peserta. Taklimat ini disampaikan secara kelas, perbincangan dalam kumpulan dan percambahan minda. Aktiviti yang melibatkan interaksi antara semua peserta.

Tujuan taklimat ini bagi membantu setiap kakitangan bersama-sama mencapai kepelbagaian keterangkuman (diversity inclusion) demi mencapai visi dan misi jabatan. Liberating Structures (LS) ialah peraturan mudah atau kaedah untuk memasukkan dan melibatkan setiap suara dalam membentuk sesuatu, tindakan, organisasi atau apa sahaja di masa hadapan. LS terdiri daripada 33 kaedah praktikal yang cukup serba boleh untuk digunakan oleh sesiapa sahaja untuk pelbagai aktiviti dan cabaran. Tidak memerlukan latihan pakar. Kepelbagaian dan keterangkuman ialah dua konsep yang saling berkaitan, tetapi tidak boleh ditukar ganti. Kepelbagaian adalah mengenai perwakilan atau kewujudan sesuatu entiti. Keterangkuman adalah mengenai sejauh mana sumbangan, kehadiran dan perspektif kumpulan manusia yang berbeza dihargai dan disepadukan ke dalam persekitaran.