Tarikh: 29.09.2022 (Khamis)

Tempat: Langkawi International Shooting Range of Malaysia (LISRAM)

Majlis Penutupan Kursus Trup Tindakan Cepat Tahap 1, Jabatan Penjara Malaysia telah disempurnakan oleh TKP Dr. Kamsiah Kamin, Pengarah AKM.

Kursus yang berlangsung dari 11-29 September 2022 itu disertai seramai 57 orang anggota dan dikendalikan oleh enam (6) orang jurulatih dari VAT69 PDRM dan jurulatih TTC yg diketuai oleh TPP Yusli.

Turut hadir bersama ialah PKP Abd Zaini bin Ibrahim, Timbalan Pengarah AKM, pegawai-pegawai kanan dan anggota dari LISRAM & AKM.