Tarikh: 27 Disember 2022(Selasa)
Tempat: Kompleks Kraf Langkawi
 
Akademi Koreksional Malaysia telah dijemput sempena berlangsungnya Program Festival Kraf Langkawi 2022 yang bertempat di Kompleks Kraf Langkawi.
 
Lawatan berpandu secara berkumpulan diketuai oleh IP Muhammad Aiman Bin Ab Manaf dan disertai oleh 10 orang anggota dan kakitangan AKM.
 
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mempertengahkan produk-produk kraf tempatan dari pelbagai negeri kepada penduduk setempat serta pelancong tempatan dan luar negara.
 
Terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang program iniberlangsung seperti aktiviti jualan produk kraf, demonstrasi kraf, aktiviti interaktif kraf, demonstrasi kuih tradisional, jualan makanan dan persembahan kesenian.