Tarikh : 12 Februari 2023

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, AKM

Bertempat di bilik mesyuarat Akademi Koreksional Malaysia, telah diadakan Kursus Pengukuhan Integriti Kakitangan AKM Siri 1/2023.

Sebanyak empat(4) sesi telah dijalankan semasa kursus berlangsung dimana sesi pertama dan kedua telah disampaikan oleh Ustaz Abu Hassan bin Hashim (Jabatan KEMAS Langkawi), dan sesi ketiga dan keempat telah disampaikan oleh Insp. Vicknesvara Pillai a/l Krishnan (IPD Langkawi).

Kursus ini bertujuan meningkatkan pembangunan kerohanian dan nilai integriti di kalangan staf dan serta kakitangan AKM.