Tarikh. : 20.8.2023 (Ahad)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Lingkaran Kolam Lobi Utama AKM
 
Aktiviti Gotong Royong telah diadakan di Akademi Koreksional Malaysia. Program ini dijalankan di kawasan lingkaran kolam lobi AKM dan kawasan sekitar.
 
Pengarah AKM, TKP Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman juga turut sama turun padang bagi menjayakan program gotong royong ini bersama-sama dengan kakitangan AKM serta pekerja outsource. Program ini dapat memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan silaturahim antara semua.
 
Aktiviti kali ini adalah dengan mengecat batu pembahagi jalan dan pondok yang telah pudar dan kusam. Ini bertujuan mencantikkan dan dan juga dapat menceriakan kawasan sekitar AKM.