11 Mac 2024, Langkawi: Majlis Sambutan Hari Penjara Kali ke-234 Peringkat Akademi Koreksional Malaysia telah diadakan di Dataran Ilmu, Akademi Koreksional Malaysia.

Aturcara majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan diikuti dengan bacaan Ikrar oleh ketua perbarisan, TPP Md Azrin bin Md Hanafi serta bacaan Doa disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Ridzuan bin Saidin. Majlis diteruskan dengan pemeriksaan baris, ucapan serta pemakaian pingat oleh YDH TKP Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia. Turut hadir ialah pegawai kanan, anggota dan kakitangan AKM seramai 31 orang bersama dalam majlis ini.

Penerima Pingat :

1. SP 11993 Azizan bin Ahmad
2. KPL 14230 Muhammad Fauzi bin Omar