Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Akademi Koreksional Malaysia (AKM), Langkawi, Kedah.
Kewujudan laman web ini merupakan langkah pro aktif AKM dalam usaha untuk bergerak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin penting dalam segala urusan harian pada masa kini.
Akademi Koreksional Malaysia ini telah mula beroperasi pada 1 Ogos 2006. Ianya merupakan sebuah organisasi latihan yang menawarkan kursus pengurusan kepenjaraan di peringkat dalaman dan antarabangsa khususnya kepada agensi koreksional di rantau Asia Pasifik. Akademi ini diwujudkan bagi membangunkan potensi pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam kepimpinan, pengurusan, perancangan, penyelidikan, penganalisaan dan pelaksanaan dalam konteks kepenjaraan. Dalam merealisasikan harapan ini, AKM telah menyediakan program-program latihan yang selaras dengan keperluan terkini dalam bidang koreksional, psikologi, kriminologi, pengurusan organisasi dan sistem keadilan jenayah dengan kerjasama pelbagai agensi yang berkompeten.
Saya berharap dengan wujudnya laman web ini, ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan memudahkan para pengguna melayarinya bagi memperolehi pelbagai maklumat berkaitan dengan latihan serta kursus-kursus yang dijalankan di Akademi Koreksional Malaysia.
Sekian, terima kasih.
“MESRA IKHLAS DAN BERBAKTI”
TKP DR. KAMSIAH BINTI KAMIN
Pengarah
Akademi Koreksional Malaysia.OGOS 2021