AKADEMI KOREKSIONAL MALAYSIA (AKM), Langkawi : Pada 24 hingga 25 September 2024, telah berlangsung UNODC Workshop on Needs Assessment on Capacity Building for Parole/Probation Officers in Malaysia & Advanced Supervisory Training For Parole/Probation Officers on Community Corrections. Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 40 pegawai kanan dari Jabatan Penjara Malaysia dan 4 orang peserta dari Lembaga Parol. Objektif bengkel ini diadakan bertujuan mengenalpasti keperluan dalam pembangunan kompetensi pegawai parol di Jabatan Penjara Malaysia. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran intervensi dalam bidang pengurusan seperti kemahiran komunikasi, pengetahuan berkaitan polisi semasa disamping berkongsi pengalaman bersama dengan negara Jepun, Singapura, Thailand dan Filipina dalam memastikan sistem parol dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisyen.
 
Perasmian pembukaan bengkel ini telah disempurnakan oleh TKP Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia dan Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral (Keselamatan & Koreksional). Turut hadir bersama ialah TKP Mohd Andri bin Md Ridzwan, Pengarah Bahagian Parol dan Khidmat Komuniti. Bengkel ini juga turut dihadiri oleh empat (4) orang penceramah dari luar negara khususnya UNODC iaitu Ms. Aki Okanan, UNODC Regional Office for Southeast Asia and the Pacific, Profesor Yuta Abe, UNAFEI, Mr. Ishikawa Yusuke, The Ministry of Justice, Japan dan wakil UNODC Malaysia Dato’ Narander Singh a/l Chand Singh.