- Details
- Published: 11 May 2025
Tujuan bengkel ini diadakan bagi membincangkan isu-isu kebajikan anggota-anggota dan staff di jabatan penjara Malaysia. Di samping itu juga, perwakilan-perwakilan daripada seluruh institusi penjara boleh mencadangkan usul serta menyatakan permasalahan yang ada dan mendapatkan cara penyelesaian masalah tersebut. Di akhir bengkel, YBhg. Dato' menyeru supaya perwakilan dapat memberikan tumpuan yang sebaiknya berkenaan kebajikan kepada anggota² dan staff di Jabatan Penjara Malaysia.
- Details
- Published: 25 May 2025
- Details
- Published: 29 May 2025
29 Mei 2025, Langkawi : Bertempat di Bilik Kuliah Akademi Koreksional Malaysia, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pra Persaraan Siri 2/2025 Jabatan Penjara Malaysia.
Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pra Persaraan Siri 2/2025 serta penyampaian sijil disempurnakan oleh YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Bahagian Pembangunan & Profesionalisme (IPPM).
Turut hadir ialah PP Nur Raudzah binti Mohamad Shahimi, Ketua Unit Perkhidmatan Pengurusan (AKM), TPP Lee Lek Khang, Ketua Unit Pengajian & Pemulihan Komuniti (AKM) serta peserta Kursus Pra Persaraan Siri 2/2025.
Kursus yang dijalankan selama 4 hari bermula 26-29 Mei 2025 melibatkan seramai 26 orang peserta dari seluruh institusi penjara.
- Details
- Published: 13 June 2025
Bertempat di Bilik Kuliah Akademi Koreksional Malaysia, telah berlangsungnya BENGKEL PTKJP L/005 - Prosedur Perlaksanaan SISWA SISWI Siskor
Kursus dijalankan bermula dari 10-13 Jun 2025 melibatkan seramai 16 orang peserta.
- Details
- Published: 15 June 2025
Langkawi, 15 Jun 2025 - Bertempat di Dewan Mahsuri, Akademi Koreksional Malaysia, Majlis Penutupan Ujian Kemahiran Menembak KOR SISKOR UniMAP telah disempurnakan oleh YDH TKP Lim Kim Mooi, Pengarah AKM.
Ujian Kemahiran Menembak KOR SISKOR UniMAP dijalankan dengan jayanya bermula dari 13-15 Jun 2025 dan disertai oleh 108 kadet SISKOR UniMAP.