Pada 29 hingga 31 Mac 2015, Akademi Koreksional Malaysia Langkawi telah dijadikan tuan rumah untuk Perhimpunan Agong Kali Ke-15 Persatuan Bekas-Bekas Pegawai Penjara Malaysia (EXPOAM). Antara pengisian program ini ialah Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil yang diadakan di Surau AKM, Perhimpunan Agong EXPOAM yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Dato’ Sri Hj Zulkifli bin Omar dan Majlis Makan Malam EXPOAM yang diadakan di perkarangan kolam renang AKM.