Pada 16 hingga 19 November 2016 telah diadakan Pertandingan Menembak Piala Komisioner Jeneral Penjara Kali Ke-8 bagi Tahun 2016. Pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia (MSPM) ini dikelolakan oleh Akademi Koreksional Malaysia dan diadakan di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM).
Pertandingan kali ini selain sebagai aktiviti sukan di bawah jadual MSPM, ia juga adalah bertujuan untuk menguji kemahiran menembak di kalangan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Tahap kemahiran menembak dalam pertandingan ini adalah berdasarkan kepada standard International Practical Shooting Confederation (IPSC). Sebanyak 16 pasukan terdiri daripada seramai 154 orang peserta terlibat dalam pertandingan ini.
Majlis Penutupan bagi pertandingan ini telah diadakan pada 19 November 2016 yang telah dirasmikan penutupannya oleh TKP Ibrisam Bin Abdul Rahman, Pengarah Pembangunan & Professionalisme. Juara keseluruhan Pertandingan Menembak Piala Komisioner Jeneral Penjara Kali Ke-8 bagi Tahun 2016 dimenangi oleh Pasukan Selangor A.
Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan bagi setiap acara yang dipertandingkan :
Kategori |
Johan |
Naib Johan |
Ketiga |
Kategori VVIP |
TKP Ibrisam Bin Abdul Rahman |
TKP Haji. Ahmad Faudzi Bin Hj. Awang |
KP Hj. Abdul Wahab Bin Hj. Kassim |
Kategori Jemputan |
Kpl Muhd Fazrullah bin Zulkefli - IPD Langkawi |
LK Mohd Ameruddin bin Ahmad - TLDM |
KPL PB Farah Fadzilah Hanum bt Mohd Rosli - MAB |
Kategori Pengurus |
IP Alixander Godius - Sabah |
PPP Yusli Bin Yusof - Selangor A |
KIP Rosli Bin Mohd Enong - Johor |
Practical Shooting Men Team |
Selangor A |
Melaka |
Johor A |
Practical Shooting Ladies Team |
Selangor A |
Selangor B |
Negeri Sembilan |
Falling Plate (Men) |
Melaka
|
Sabah |
Selangor A |
Falling Plates (Ladies) |
Selangor A
|
Pahang |
Selangor B |
Shoot Off (Men) |
KPL Mohd Hazal bin Abu Hassan - Melaka |
|
|
Shoot Off (Ladies) |
IP Nurul Farah Lydia binti Yusof - Selangor B |
|
|