Tarikh: 30/01/2022
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama
 

Jabatan Penjara Malaysia telah menjalinkan kerjasama De Gan Her Majesty’s Prison and Probation Service (HMPPS), United Kingdom yang bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan kepenjaraan.

 
Lawatan lapangan ke AKM Langkawi oleh dua (2) orang pegawai dari Her Majesty’s Prison and Probation Service (HMPPS), United Kingdom iaitu:
 
1. Mr. Douglas Graham, Governor of HMP Isle of Wight
2. Mr. David Redhouse, Governor of HMP Huntercombe
 
Taklimat ringkas telah disampaikan oleh PKP Abd Zaini bin Ibrahim, Timbalan Pengarah AKM. Sesi perbincangan turut disertai oleh PP Mona Azura binti Ismail & PP Mazairi bin Majid serta beberapa orang pegawai kanan AKM.