PROGRAM PENANAMAN ANAK POKOK BAKAU SEMPENA SAMBUTAN WORLD WETLANDS DAY 2022 LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK.....

PROGRAM PENANAMAN ANAK POKOK BAKAU SEMPENA SAMBUTAN WORLD WETLANDS DAY 2022 LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK
Tarikh : 21 Februari 2022 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Jeti Kubang Badak BioGeoTrail, Langkawi
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Program Penanaman Anak Pokok Bakau Sempena Sambutan World Wetlands Day 2022 Langkawi UNESCO Global Geopark yang melibatkan agensi-agensi kerajaan di Langkawi. Sambutan World Wetlands Day 2022 adalah bertujuan untuk mengetengahkan perkara positif yang boleh dilaksanakan oleh masyarakat dalam usaha memapan dan memulihkan tanah lembap, sumber dan biodiversiti untuk generasi akan datang melalui penyelidikan, pertukaran maklumat dan aktiviti pemuliharaan di samping dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan tanah lembab (wetland).
Pada hari ini, sebanyak 150 pokok spesies Bakau Minyak (Rhizophora Apiculata) telah ditanam sebagai langkah permulaan pihak LADA untuk menjayakan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bagi tempoh 5 tahun mulai tahun 2021 hingga 2025. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Nasarudin bin Abdul Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif. Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Akademi Koreksional Malaysia (AKM) telah dijemput untuk bersama menyertai program ini. AKM diwakili oleh TKP Dr. Kamsiah Kamin, IP Muhammad Aiman Ab Manaf dan SJN Mohd Zaki Abdul Gani.