AKM telah menerima lawatan dari Markas Angkatan Bersama yang diketuai.....

Tarikh: 24 Februari 2022 (Khamis)
Masa: 1.00 tengahari
Tempat: Akademi Koreksional Malaysia (AKM), Langkawi
 
AKM telah menerima lawatan dari Markas Angkatan Bersama yang diketuai Timbalan Asisten Ketua Staf (AKS) J3, Laksamana Pertama Baharudin bin Wan Md. Nor bersama-sama Kolonel Zulfakar bin Abdul Wahid dan beberapa anggota lain.
 
Markas Angkatan Bersama yang berpengkalan di Kuantan Pahang merupakan gabungan tiga perkhidmatan tentera iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
 
Lawatan ini merupakan lawatan tinjauan kawasan bagi Latihan Gabungan Bersama Malaysia Indonesia Darat Samudera dan Angkasa (LATGABMA MALINDO DARSASA) yang dijangka akan diadakan pada bulan September 2022.
 
Kedatangan anggota dari Markas Angkatan Bersama ini adalah bertujuan untuk melihat kesesuaian lokasi bagi tujuan pelaksanaan latihan tersebut di mana Akademi Koreksional Malaysia telah tersenarai sebagai salah sebuah Pusat Latihan yang dicadangkan untuk latihan ketenteraan tersebut bersama lain-lain Pusat Latihan di Langkawi.
 
Lawatan ini disambut oleh TKP Dr Kamsiah binti Kamin, Pengarah AKM bersama PP Mohd Mazairi bin Majid dan Puan Aminah binti Ali.