AKM telah menerima lawatan dari Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT).....

Tarikh: 07 Mac 2022 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Akademi Koreksional Malaysia (AKM), Langkawi
 
AKM telah menerima lawatan dari Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi, Pahang diketuai oleh En. Akmal Fahmi bin Zulkarnain (Penolong Pendaftar), En. Nazri bin Mohamed (Penolong Akauntan Kanan), En. Che Wan Mohd Hazrul Shahmir bin Che Wan Azlan (Penolong Jurutera), En. Mohamad Hamizan bin Abdul Malik (Penolong Pegawai Tadbir), En. Syarkawi bin Ibrahim (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat), En. Mohd Rohisham bin Mohd Salleh (Pembantu Tadbir).
 
Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan penginapan dan prasarana yang terdapat di Akademi Koreksional Malaysia serta dapat dijadikan panduan bagi meningkatkan kemudahan di I-KPKT.
 
Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh PP Mona Azura binti Ismail (Penguasa Penjara), seterusnya sesi lawatan bagi melihat fasiliti kemudahan dan prasarana di AKM. Turut hadir ialah TPP Norhanafi bin Nordin, KIP Wan Azmir bin Wan Mustafa dan IP Sofi bin Musa.