Akademi Koreksional Malaysia (AKM) telah menerima lawatan dari.....

Tarikh: 24/03/2022
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, AKM
 
Akademi Koreksional Malaysia (AKM) telah menerima lawatan dari pegawai-pegawai daripada Pejabat UNODC Regional Office for Southeast Asia and Pacific berpusat di Bangkok, Thailand.
 
Lawatan terdiri daripada empat (4) orang pegawai dari UNODC (Program Coordinator, Malaysia Office dan Counter Terrorism, ROSEAP) iaitu:
 
1. Mr. Dai Tanaka - Associate Crime Prevention and Criminal Justice Officer, UNODC ROSEAP
2. Ms. Karen Peters - Drug Control and Crime Prevention Officer - UNODC- ROSEAP
3. Miss Watjana Arunrangsi
4. Miss Urya
 
Lawatan ini bertujuan untuk melakukan tinjauan berkaitan fasiliti yang ada di AKM serta kesesuaian AKM dijadikan lokasi bagi pihak UNODC melaksanakan program di AKM.
 
Taklimat lawatan dipengerusikan oleh TKP Dr. Kamsiah Kamin, Pengarah AKM. Sesi taklimat disampaikan oleh TPP Norhanafi bin Nordin. Hadir bersama PKP Abd Zaini bin Ibrahim, Timbalan Pengarah AKM, PP Mona Azura binti Ismail, Ketua Bahagian Akademik & Latihan dan KIP Khazwin binti Khalid.