- Details
- Written by Adha
- Category: Berita & Peristiwa 2022
- Published: 08 October 2022
- Hits: 9869
Bertempat di Langkawi International Shooting Range Malaysia (LISRAM), telah berlangsungnya.....
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Tempat: LISRAM, Langkawi, Kedah
Bertempat di Langkawi International Shooting Range Malaysia (LISRAM), telah berlangsungnya sambutan Hari Sukan Negara dan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Kemahiran Menembak Jabatan Penjara Malaysia yang disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad, Yang Dipertua Majlis Sukan Penjara Malaysia.
Turut hadir bersama YBhg. TKJP Dato’ Abdul Aziz bin Razak, Timbalan Yang Dipertua Majlis Sukan Penjara Malaysia, Pengarah-pengarah Bahagian IPPM, Pengarah-pengarah Penjara Negeri serta Pengarah-pengarah Institusi dan juga kehadiran para tetamu jemputan dari agensi di bawah KDN dan kerajaan di sekitar Langkawi.
Aturcara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan Ikrar Rukun Negara seterusnya sesi memperkenalkan serta penyerahan sijil kontinjen mengikut negeri. Pelancaran gimik sambutan Hari Sukan Negara 2022 telah disempurnakan oleh Ybhg. KJP Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad. Sambutan Hari Sukan Negara 2022 diserikan lagi dengan acara senamrobik selama 30 minit.
Majlis diteruskan dengan pertandingan menembak kategori VIP & tetamu jemputan. Tiga kategori acara dipertandingkan iaitu acara Precision 15 meter individu, Rapid Fire 15 meter individu dan acara Falling Plate berkumpulan.
Seterusnya majlis penyampaian hadiah dan juga ucapan perasmian penutupan Kursus Kemahiran Menembak Jabatan Penjara Malaysia oleh YBhg. KJP Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad, Yang Dipertua Majlis Sukan Penjara Malaysia.