Seramai 19 orang peserta dari pelbagai negara seperti.....

Tarikh: 8 - 12 Ogos 2022

Masa: 11.00 - 17.00 (GMT +8)

Tempat: Akademi Koreksional Malaysia

Seramai 19 orang peserta dari pelbagai negara seperti Malawi, Mauritius, St Kitts & Nevis, Algeria, Samoa, Jordan, Philippines, Sierra Leone, Kenya, Zimbabwe, Pakistan & India telah menyertai kursus ini secara atas talian yang menggunakan platform Zoom. Turut bersama menyertai kursus ini adalah seramai 17 orang Timbalan Penguasa Penjara (TPP) dari pelbagai institusi penjara seluruh Malaysia.
 
Majlis Penutupan Kursus Holistic Approach on Managing Prison Reform di bawah Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) 2022 secara atas talian telah disempurnakan oleh YBhg. TKJP Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional).
 
Turut hadir Pengarah Bahagian Pembangunan Professionalisme, YBhg. Dato’ Narander Singh a/l Chand Singh bersama Pengarah Penjara Negeri Kedah, YDH TKP Shukri bin Saad. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Puan Farah Fazarina binti Mohamad, Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Luar Negara (KLN) juga secara virtual atas talian.