Bertempat di Dewan Mahsuri, Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, telah berlangsungnya.....

Tarikh: 12-13 Oktober 2022

Tempat: AKM, Langkawi, Kedah

Bertempat di Dewan Mahsuri, Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, telah berlangsungnya majlis perasmian penutupan Malaysia - EU Seminar On Prison Transformation And Bilateral Cooperation Bersama Jabatan Penjara Malaysia yang telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri.

Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Jabatan Penjara Malaysia, Dato’ Mohd Khalid Abbasi bin Abdul Razak, Setiausaha Bahagian Eropah Kementerian Luar Negeri, Dr Gafar bin Haji Abu Bakar, Setiausaha Bahagian Antarabangsa, Kementerian Dalam Negeri

Turut hadir Pengarah-pengarah Bahagian IPPM, Pengarah-pengarah Penjara Negeri, Pengarah-pengarah Institusi Penjara dan pegawai-pegawai pejabat pendaftar. Turut bersama memeriahkan majlis para tetamu jemputan dari agensi di bawah KDN dan kerajaan di sekitar Langkawi.

Seminar selama 2 hari itu disertai Mr .Pierick Masaux (Duta Belgium) selaku wakil EU, Mr. Sebastian Bole Besancon, Protection Coordinator, ICRC dan Ms. Asma Sainkoudje, UNODC Programme Coordinator in Malaysia dan juga delegasi dari 9 buah negara EU iaitu dari kedutaan Finland, France, Jerman, Ireland, Italy, Poland, & Sepanyol.