- Details
-
Published: 18 April 2024
Langkawi, 18 April 2024 – Berakhirnya Inter - Agency Policy Workshop Towards Planning And Designing Humane Correctional Facilities yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu bermula 17 sehingga 18 April 2024 yang disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri.
Majlis Penutupan Inter - Agency Policy Workshop Towards Planning And Designing Human Correctional Facilities dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Bacaan doa serta Perbentangan oleh Mr. Erwann Tor, EU Senior Expert Consultant mengenai hasil bengkel dan juga cadangan kepada para peserta bengkel.
Turut hadir YBhg. TKJP Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), YBhg TKJP Dato' Ibrisam bin Abdul Rahman Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia serta Pengarah Penjara Negeri.