Pada 23 Ogos 2013 bertempat di Kafetaria Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, telah diadakan Majlis  Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam ini telah dihadiri oleh Pengarah AKM TKPj Mohd Sabri bin Yaacob dan keluarga....

 

Pada 23 Ogos 2013 bertempat di Kafetaria Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, telah diadakan Majlis  Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam ini telah dihadiri oleh Pengarah AKM TKPj Mohd Sabri bin Yaacob dan keluarga, semua kakitangan AKM, Parol dan LISRAM serta keluarga dan pekerja-pekerja sokongan AKM. Majlis yang berakhir jam 10.30 malam ini telah diserikan dengan penyampaian duit raya oleh Pengarah AKM dan isteri, nyanyian lagu-lagu karaoke hari raya oleh kakitangan dan cabutan bertuah.