Pada hari  Isnin 02 September 2013, telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Pengarah Akademi Koreksional Malaysia (AKM) Langkawi, di antara PKP Hajjah Rohana binti Abdullah dengan PKP S. Adinaraina a/l Subramaniam. Majlis yang disaksikan oleh TKPj. Mohd Sabri bin Yaacob....

 

Pada hari  Isnin 02 September 2013, telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Pengarah Akademi Koreksional Malaysia (AKM) Langkawi, di antara PKP Hajjah Rohana binti Abdullah dengan PKP S. Adinaraina a/l Subramaniam. Majlis yang disaksikan oleh TKPj. Mohd Sabri bin Yaacob, Pengarah AKM ini telah diadakan di Dewan Mahsuri AKM Langkawi. PKP Hajjah Rohana akan ditukarkan ke Sekolah Henry Gurney (SHG) Teluk Mas sebagai Pengarah SHG.  Terdahulu daripada itu telah diadakan Perhimpunan Bulanan AKM bagi Bulan September  yang berlangsung di Dataran Ilmu AKM. Dalam majlis ini telah diadakan Upacara Pemakaian Pangkat kepada IP Kartini binti Jafar yang telah dinaikkan pangkat kepada Ketua Inspektor Penjara (KIP). Akademi Koreksional Malaysia mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.