Pada 26 hingga 29 September 2013 berlangsung Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif  (KIK) Peringkat Kementerian Dalam Negeri  (KDN) Tahun 2013 bertempat di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Bangi. Konvensyen kali ini melibatkan 26 kumpulan....

 

Pada 26 hingga 29 September 2013 berlangsung Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif  (KIK) Peringkat Kementerian Dalam Negeri  (KDN) Tahun 2013 bertempat di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Bangi. Konvensyen kali ini melibatkan 26 kumpulan daripada Agensi / Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Enam (6) kumpulan daripada Jabatan Penjara Malaysia telah mewakili konvensyen tersebut iaitu 3 dari Kategori Teknikal dan 3 dari Kategori Pengurusan.

Kumpulan Mahogany daripada Akademi Koreksional Malaysia  adalah salah satu kumpulan daripada Jabatan Penjara Malaysia yang menyertai konvensyen ini dalam kategori Pengurusan membawa tajuk  Pengurusan Maklumat Kehadiran Peserta Kursus Tidak Sistematik.Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil telah diadakan pada 29 September 2013 yang disempurnakan oleh Y. Bhg Dato’ Daud bin Tahir, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri. Keputusan Konvensyen akan diumumkan pada November 2013 sempena Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri.