Tarikh: 24-27 Januari 2022
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Mahsuri, Akademi Koreksional Malaysia
 
Bengkel Pemantapan Sistem Keselamatan Elektronik bersepadu (SKEB) Bagi Tempoh 2021 hingga 2025 Siri 1/2022 telah diadakan di Akademi Koreksional Malaysia.
 
Bengkel ini dihadiri seramai 53 orang peserta terdiri daripada Pengarah-Pengarah Penjara Negeri serta pegawai-pegawai SKEB institusi Penjara yang terlibat.
 
Bengkel ini menjurus kepada pembentangan oleh setiap PPN berkaitan permasalahan SKEB di institusi Penjara serta perbincangan secara berkumpulan.
 
Sesi penggulungan bengkel disampaikan oleh YBhg. TKJP Dato' Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional) Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) serta meyampaikan sijil kepada peserta yang terlibat.