Tarikh: 27 Mei 2024 (Isnin)
Tempat: Dewan Mahsuri, AKM
 
Kursus Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) “A Journey in Prison Reform” bagi tahun 2024 telah dirasmikan oleh TKP Mohamad Rosidek Bin Musa, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme.
 
Turut hadir hadir bersama TKP Wan Abdul Rahman Bin Wan Yaman, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia (AKM) dan PKP Noor Sazlawati Binti Zakaria, Timbalan Pengarah AKM serta penyelaras serta fasilitator kursus MTCP.
 
Kursus ini melibatkan penyertaan negara dari benua Afrika terdiri daripada 15 orang peserta dari negara Namibia, Senegal, Kenya, Algeria, Morocco, Ghana dan Guinea manakala 10 orang peserta dari Malaysia.
 
Kursus ini akan berlangsung selama 10 hari bermula 26 Mei 2024 hingga 04 Jun 2024.