4 Jun 2024, Langkawi : Bertempat di Dewan Mahsuri Akademi Koreksional Malaysia, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pra Persaraan Siri 3/2024 Jabatan Penjara Malaysia.
 
Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pra Persaraan Siri 3/2024 serta penyampaian sijil disempurnakan oleh YDH TKP Zainah binti Pardi, Pengarah Penjara Negeri Kedah.

Turut hadir ialah TKP Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia, TPP Md Azrin bin Md Hanafi (Bahagian Latihan & Akademik AKM) serta peserta Kursus Pra Persaraan Siri 3/2024.